Panduan Teknik Forex Sebenar

Bagaimana Anda Mengawal Emosi Dalam Forex Trading?

Share:



Emosi dalam trading forex bukannya mudah untuk dikawal kerana ianya melibatkan nafsu dan perasaan.


1. Rasa marah dan geram.
2. Rasa sakit hati dan balas dendam.
3. Rasa takut dan putus asa.
4. Rasa tamak dan serakah.
5. Dan lain-lain lagi.
Nafsu bukanlah untuk diperangi, nanti kita akan rasa tertekan. Adapun nafsu itu perlu dikawal agar trading kita akan rasa lebih santai. Hanya dengan trading sistem yang baik sahaja ianya dapat dikawal.
1. Kenapa adanya stoploss? Kerana kerugian lebih dapat dikawal berbanding cutloss yang banyak bermain dengan emosi.
2. Kenapa perlu adanya pemilihan setup? Kerana mudah untuk kita nak mengambil keputusan entry dan mengelak dari gatal tangan.
3. Kenapa perlu adanya risk and reward ratio? Kerana kita tahu berapakah keuntungan yang bakal kita perolehi dan risiko kerugian yang sanggup kita loss. Secara tak langsung kita boleh calculate berapa kali entry kah yang perlu kita cari untuk capai target bulanan.
4. Kenapa perlu adanya backtest? Kerana kita tahu setup jenis apakah yang sesuai untuk kita gunakan dalam keadaan market sideway dan dalam keadaan market trending. Sekaligus kita boleh mengelak dari terkena stoploss berkali-kali yang akhirnya boleh membuat kita rasa marah dan rasa nak balas dendam.
5. Kenapa perlu adanya money management? Kerana kita tahu berapakah risiko kerugian yang sanggup kita terima jika hit stoploss. Dengan ini kita dapat tentukan lot size sebelum entry, sekaligus mengelakkan dari entry lot gajah atau full margin.
Nafsu trading juga boleh dikawal dengan menghindari dari berangan-angan nak kaya cepat atau terdesak nak bayar hutang.


ANDA ZERO  TENTANG FOREX TRADING ATAU MASIH LEMAH ASAS TEKNIK FOREX?.SAYA REKEMENKAN ANDA UNTUK DAPATKAN EBOOK PERCUMA TEKNIK FOREX SEBENAR (TFS).SERIUS,ANDA TAKKAN KECEWA! 

No comments